Lori tangki membawa muatan minyak sawit yang terlibat kemalangan dengan lori pasir di Kilometer 15.9 Lebuhraya Guthrie arah utara pada 22 April 2021. Foto Facebook LUAS
AGENDANASIONAL

LUAS: Kemalangan lori di Lebuhraya Guthrie, tiada pencemaran serius

SHAH ALAM, 23 APRIL: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersiap sedia menangani potensi pencemaran sumber air susulan kemalangan melibatkan lori tangki minyak sawit di Lebuhraya Guthrie semalam.

Agensi berkata hasil pemantauan mendapati tiada pencemaran serius kerana sisa tumpahan minyak yang memasuki longkang lebuh raya dan dua pembentung telah pun mengeras sebelum memasuki Sungai Buloh.

Minyak sawit dari lori tangki yang terlibat kemalangan di Kilometer 15.9 Lebuhraya Guthrie mengeras di dalam longkang lebuh raya pada 22 April 2021. Foto Facebook LUAS

“Kerja pembersihan di sepanjang kawasan terjejas dijalankan oleh syarikat lori tangki sawit.

“Skuad Pantas LUAS sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku sebarang insiden yang berpotensi menyebabkan pencemaran sumber air di negeri ini,” katanya menerusi hebahan di Facebook.

Semalam, sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit dilaporkan mengalami kebocoran selepas terbabit kemalangan di Kilometer 15.9 Lebuhraya Guthrie arah utara.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata lori itu dilanggar dari arah belakang oleh lori pasir sehingga berlaku tumpahan minyak.


Pengarang :