Penggiat seni diingatkan untuk berhati-hati dan menjaga sensitiviti budaya tempatan dalam penghasilan karya dan merujuk kepada Majlis Daerah Kuala Selangor: Foto: MDKS
AGENDANASIONAL

Lukisan wanita tular baru 20 peratus, MDKS arah siapkan segera

SHAH ALAM, 20 APRIL: Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengarahkan pelukis menyiapkan segera lakaran berunsur sensitif di dinding Balai Seni Sasaran Kuala Selangor.

Yang dipertuanya berkata pihaknya memandang serius dakwaan pelayar media sosial mengenai gambar wanita yang tular di media sosial, semalam.

“Maklumat awal kita terima pada 7 malam, lukisan yang masih dalam 20 peratus proses lakaran itu mulai tular.

“Justeru, MDKS telah mengarahkan pelukis untuk menyiapkan bahagian sensitif dalam tempoh tiga jam. Kemudian kira-kira 10 malam lakaran tersebut telah 40 peratus siap,” kata Rahilah Rahmat dalam kenyataan.

Bagaimanapun, beliau berkata lukisan itu juga dijangka siap sepenuhnya sebelum atau pada 26 April ini.

“Saya mengingatkan kepada mana-mana penggiat seni untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga sensitiviti budaya tempatan dalam penghasilan karya dan merujuk kepada MDKS terlebih dahulu,” katanya.


Pengarang :