Antara asnaf yang menyertai Kursus Bimbingan Asas Mualaf dan Kursus Kepimpinan Mualaf, baru-baru ini. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

LZS bimbing saudara baru ilmu asas Islam

SHAH ALAM, 15 APRIL: Seramai 70 asnaf mualaf negeri ini menyertai kursus bimbingan dan kepimpinan bagi mendapatkan ilmu asas berkaitan Islam.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata latihan di Baitul Hikmah baru-baru ini meliputi Kursus Bimbingan Asas Mualaf (KBAM) dan Kursus Kepimpinan Mualaf.

“Dengan objektif berbeza, KBAM bertujuan memberi ilmu asas berkaitan Islam kepada saudara baru dan menyasar pengislaman baru.

“Sementara Kursus Kepimpinan Mualaf pula bagi melahirkan rakan dakwah,” kata agensi itu dalam kenyataan di Facebook.

LZS menambah kebanyakan peserta bersyukur dan teruja atas penganjuran kursus terbabit yang tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Semoga kursus ini terus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sama ada aspek material atau emosi. Terima kasih pembayar zakat. Zakat membantu mereka untuk terus membangun,” katanya.

Pendaftaran kursus boleh dibuat melalui pautan http://bit.ly/daftarkfam.

 


Pengarang :