BUDAYARENCANA

Mac & April

bahasa: hasil sampingan

                                   fikiran.

puisi pula rakaman bunyi

-bunyian bungkam & bingit.

tak ada metafora. nongender;

dinamika kuasa masih khatam     tapi.

malam pun tamat tempoh. 11:45pm; sila isi

-kan semula untuk teruskan perkhidmatan.

pendar jingga malar celaka jatuh

di nilaifornia: esok kerja cari laba!

& bertafafikurkir

= benih-benih buku.

melihat adalah kerja perhatian;

mendengar pula urusan paling     penting.

& malam makin malam:

rak-rak dipenuhi anekaloka buku.

tulang belakang buku rayawarna.

perasan melihat sekubu khizanat buku belum

                                             dibaca & terbaca:

judul harini macam biasa. macam semalamesoklusa. macam harini.

 

Jack Malik


Pengarang :