Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan cek cura ketika program serahan sumbangan Ihya Ramadan kepada masjid dan surau DUN Gombak Setia di Masjid Al Rahimah, Greenwood, Gombak pada 9 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Masjid, surau di Gombak dapat RM400,000 semarak Ramadan

GOMBAK, 9 APRIL: Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM400,000 kepada masjid dan surau sekitar Gombak sempena program Ihya Ramadan tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setiap masjid menerima dana berjumlah RM10,000 sementara RM5,000 diagihkan kepada surau.

Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program serahan sumbangan Ihya Ramadan kepada masjid dan surau DUN Hulu Kelang di Masjid Al Khairiah AU3 Keramat, Gombak pada 9 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kita beri sumbangan ini untuk mereka gunakan pada bulan Ramadan bagi aktiviti yang dirancang dan ia dapat meningkatkan kehadiran jemaah.

“Saya percaya sumbangan ini dapat menghidupkan suasana dan menyemarakkan aktiviti Ramadan nanti,” katanya ditemui di Masjid Ar-Rahimah, Greenwood di sini.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar menyerahkan sumbangan di Masjid Al-Khairiah, AU3 bagi mengimarahkan program keagamaan sekitar Hulu Kelang .

Amirudin berkata program tersebut turut dirancang di daerah lain sepanjang Ramadan, termasuk jelajah bazar dan solat tarawih di masjid terpilih.


Pengarang :