Juwairiya Zulkifli (tengah) bersama penerima sumbangan Ihya Ramadan sekitar Bukit Melawati pada 16 April 2021. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Masjid, surau sekitar Bukit Melawati dapat bantuan RM40,000

SHAH ALAM, 17 APRIL: Sebanyak 23 masjid dan surau sekitar Bukit Melawati menerima sumbangan sebanyak RM40,000 bagi melaksana aktiviti sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Negerinya Juwairiya Zulkifli berkata bantuan yang diagihkan semalam turut meliputi sembilan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Beliau menjelaskan setiap masjid menerima wang tunai sebanyak RM2,000 manakala RM1,000 untuk surau dan MPKK termasuk dua karton kurma.

“Masjid dan surau boleh memanfaatkan bantuan berkenaan untuk mengimarahkan rumah ibadat selain kegunaan pentadbiran dan aktiviti semasa bulan puasa.

“Buat pertama kalinya saya memperuntuk sumbangan kepada MPKK dan boleh digunakan untuk menjalankan program bersama rakyat seperti agihan bubur lambuk, sedekah dan juadah berbuka puasa,” katanya ketika dihubungi.

Juwairiya menambah sumbangan Ihya Ramadan di salah sebuah masjid di situ mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat.


Pengarang :