Mohd Sany Hamzan (dua, kanan) menyampaikan sumbangan kepada pihak Surau Al Ibtida’iah, Kampung Bendahara bagi mengimarahkan rumah ibadat itu sepanjang Ramadan pada 18 April 2021. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer – YB Sany Hamzan
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Masjid, surau Taman Templer dapat sumbangan RM24,000

SHAH ALAM, 19 APRIL: Sebanyak 44 masjid dan surau sekitar Taman Templer menerima sumbangan berjumlah RM24,000 bagi melaksanakan aktiviti sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Negerinya berkata peruntukan melalui pusat khidmat meliputi empat masjid, masing-masing mendapat RM1,000 manakala RM500 diagihkan kepada 40 surau.

“Saya berharap pihak masjid dan surau dapat memanfaatkan bantuan ini untuk mengimarahkan rumah ibadat dan kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP),” kata Mohd Sany Hamzan ketika dihubungi.

Beliau menambah program agihan bubur lambuk kepada penduduk setempat juga diteruskan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM400,000 kepada masjid dan surau sekitar Gombak sempena program Ihya Ramadan pada 9 April.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata setiap masjid menerima dana berjumlah RM10,000 manakala RM5,000 diagih kepada surau.


Pengarang :