Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Taman Greenwood, Gombak pada 14 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB: Batal bazar Ramadan jika gagal patuh SOP

GOMBAK, 15 APRIL: Kerajaan Selangor tidak teragak-agak membatalkan operasi bazar Ramadan jika orang ramai gagal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peringatan itu susulan kembimbangan tercetus penularan Covid-19 jika bersikap sambil lewa.

“Saya berharap perkara ini (pematuhan SOP) dapat dipantau lebih ketat oleh penganjur dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana kita tidak mahu bazar menjadi tempat perebakan kes baharu.

“Jika ingkar, kemungkinan bazar Ramadan ditutup masih ada. Tahun ini ruang diberi kepada rakyat untuk berniaga dengan harapan SOP dipatuhi,” katanya.

Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad mengagihkan kurma serta membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Taman Greenwood, Gombak pada 14 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas berbuka puasa di kediaman seorang aktivis di Taman Selaseh Fasa 1 semalam.

Sebelum itu, Amirudin, yang juga wakil rakyat Sungai Tua bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad melawat dan membeli juadah di bazar Ramadan Taman Greenwood.

Pada masa sama, Amirudin turut meminta pegawai penguat kuasa PBT menggunakan kuasa yang ada untuk mengenakan kompaun terhadap individu ingkar SOP.

Selasa lalu, Dato’ Menteri Besar mengarahkan PBT memantau ketat operasi bazar Ramadan bagi mencegah perebakan Covid-19 dan kewujudan kluster baharu.

Beliau menambah bilangan peniaga turut dikurangkan kepada 11,000 berbanding 14,000 orang pada 2019 mengikut amalan norma baharu.

Kerajaan membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara tahun ini selepas mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pengarang :