Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan perbincangan bersama Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia H E Charles Hay mengenai peningkatan pelaburan dua hala antara Selangor dan United Kingdom di Shah Alam pada 14 April 2021. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB bincang pelaburan dua hala bersama UK

SHAH ALAM, 14 APRIL: Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan bersama Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia bagi meningkatkan pelaburan dua hala antara Selangor dan United Kingdom (UK).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pertemuan dengan H E Charles Hay memfokuskan sektor pendigitalan, bandar pintar, perubahan iklim, kelestarian sisa pepejal serta pembangunan ekonomi rendah karbon.

“Selangor berpengalaman menjalin kerjasama dengan syarikat teknologi dan mahu meneruskan dalam bidang lain.

“Menanti perbincangan meja bulat dengan Dewan Perniagaan British Malaysia selepas ini,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya pertemuan di Shah Alam itu turut membincangkan kepentingan membentuk kerjasama pada masa hadapan dengan negara berkenaan.


Pengarang :