AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB dijangka buat pengumuman penting di majlis penjawat awam esok

SHAH ALAM, 22 APRIL: Dato’ Menteri Besar dijangka akan membuat pengumuman penting untuk penjawat awam esok.

Pertemuan Dato’ Seri Amirudin Shari dengan pegawai dan kakitangan kerajaan disiar secara langsung mulai 8 pagi melalui www.selangortv.my

Selain pengumuman itu, beliau dijangka menyampaikan amanat dalam Majlis Mahabbah Ramadan Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak di sini.

Ucapan tersebut, yang diadakan setiap tahun menjelang sambutan Aidilfitri, juga boleh diikuti secara langsung melalui Facebook rasmi beliau.

Ucapan Amirudin dijangka mengupas prestasi ekonomi negeri ketika dunia berdepan wabak Covid-19.

Selangor menyediakan pelbagai program bantuan dalam pakej rangsangan ekonomi sepanjang setahun pandemik ini.


Pengarang :