Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membeli juadah berbuka puasa ketika mengunjungi Bazar Ramadan Kompleks PKNS, Shah Alam pada 13 April 2021. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB luang masa beli juadah, puas hati pematuhan SOP bazar

SHAH ALAM, 13 APRIL: Dato’ Menteri Besar meluangkan masa membeli juadah di Bazar Ramadan Kompleks PKNS di sini petang tadi.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengambil kesempatan meninjau pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) pengunjung dan peniaga.

“Alhamdulillah ternyata pengunjung dan peniaga mematuhi SOP digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Berkesempatan membeli beberapa juadah untuk berbuka. Semoga jualan peniaga meningkat sepanjang Ramadan, Insya-Allah,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Amirudin mengarahkan pihak berkuasa memantau ketat operasi bazar Ramadan bagi mencegah perebakan Covid-19 dan kewujudan kluster baharu.

Beliau berkata bilangan peniaga dikurangkan kepada 11,000 berbanding 14,000 orang pada 2019 mengikut amalan norma baharu.

Kerajaan membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara tahun ini selepas mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pengarang :