Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menandatangani plak perasmian Laman Niaga Komuniti MPKj di Bandar Baru Bangi, Kajang pada 22 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB rasmi Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi

KAJANG, 22 APRIL: Dato’ Menteri Besar merasmikan Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, di sini yang mula beroperasi sejak 1 Ramadan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tapak bazar itu menjadi contoh kepada tapak perniagaan lain di Selangor daripada segi pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) dan penjarakan gerai.

“Saya dapati sistem dan aturan sangat baik, cuma pelanggan yang beratur untuk masuk bazar kena sabar demi kebaikan kita semua.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan pek makanan kepada peniaga bazar Ramadan selepas merasmikan Laman Niaga Komuniti MPKj di Bandar Baru Bangi, Kajang pada 22 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Bazar Bandar Baru Bangi boleh dijadikan parameter bagaimana sesebuah bazar beroperasi,” katanya ditemui pemberita selepas meninjau operasi bazar hari ini.

Beliau kemudian menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kampung dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Demesne Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengarahkan bazar Ramadan Greenwood, Gombak ditutup selama empat hari mulai hari kerana gagal mematuhi SOP.

Sebelum ini Dato’ Menteri Besar memberi peringatan tidak teragak-agak membatalkan operasi bazar Ramadan jika gagal mematuhi SOP.


Pengarang :