Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan replika kunci kepada asnaf fakir dan miskin ketika Majlis Lawatan dan Penyerahan Kunci Rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor pada 23 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB sampaikan bantuan rumah baharu kepada 13 keluarga asnaf

KUALA SELANGOR, 23 APRIL: Seramai 13 keluarga asnaf fakir dan miskin di Kampung Baru Pasir Penambang di sini menerima rumah baharu sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang disampaikan Dato’ Menteri Besar.

Setiap keluarga menerima rumah tiga bilik berkeluasan 800 kaki persegi bernilai antara RM86,000 hingga RM90,000 seunit serta lengkap dengan kemudahan elektrik dan air.

“Semua rumah baharu ini dibina atas tanah milik Kerajaan Negeri yang menjadi contoh kerjasama dengan pelbagai agensi demi kebaikan rakyat Selangor.

“Kita berharap lebih banyak pihak tampil bekerjasama dengan kita untuk memenuhi pelbagai keperluan golongan tidak bernasib baik di negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Bantuan Bina Rumah hari ini.

Sejak 2010 sehingga kini, LZS mengagihkan zakat berjumlah RM99.9 juta untuk membina sebanyak 2,283 unit rumah asnaf fakir, miskin dan mualaf.


Pengarang :