Pertemuan Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Sharul Lalli Masduki pada 16 April 2021. Foto: Facebook Dato’ Menteri Besar
BERITA UTAMASELANGOR

MB saran polis perketat kawalan di bazar Ramadan

SHAH ALAM, 16 APRIL: Polis disaran memperketatkan syarat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang abai tatacara operasi piawai (SOP) di bazar Ramadan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tindakan itu perlu selepas mengambil kira kes positif Covid-19 di Selangor semakin meningkat.

“Saya membangkitkan keperluan mengetatkan kawalan dan pematuhan SOP terutama di bazar Ramadan. Kebimbangan itu timbul akibat kes yang meningkat di negeri ini.

“Pihak polis bersetuju dan akan meningkatkan kawalan keselamatan oleh unit beruniform,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Amirudin turut meluangkan masa bertemu Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dan Timbalannya Datuk Sharul Lalli Masduki.

Semalam, Amirudin berkata Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk membatalkan operasi bazar Ramadan jika orang ramai gagal mematuhi SOP.


Pengarang :