Dato’ Seri Amirudin Shari pada sidang media sempena pelancaran inisiatif infrastruktur digital pintar Smart Selangor di Dewan Serbaguna Wisma Ehsan, Shah Alam pada 16 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB: Selangor rangka pelan pembangunan tersusun

KUALA SELANGOR, 24 APRIL: Kerajaan Negeri merangka pelan pembangunan tersusun untuk menjadi rujukan pengurusan kawasan pada masa depan.

Dato’ Menteri Besar berkata pelan sistematik itu menetapkan zon khusus antaranya untuk projek perumahan, pertanian dan industri.

“Kita tidak mahu pembangunan di Selangor dilaksanakan sesuka hati yang menyebabkan keadaan menjadi serabut atau tidak terancang.

“Kelak pelan tersusun menetapkan zon khusus untuk semua sektor sekali gus mewujudkan pembangunan lestari yang memberi manfaat kepada kehidupan kita,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan rumah baharu kepada 13 keluarga asnaf fakir dan miskin Kampung Baru Pasir Penambang semalam.

Kos membina rumah berkeluasan 800 kaki persegi bernilai antara RM86,000 hingga RM90,000 seunit ditanggung LZS manakala Kerajaan Negeri menyediakan tanah.


Pengarang :