Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas menziarahi dan memberi sumbangan kepada mangsa ribut serta melihat keadaan Pangsapuri PKNS Taman Keramat AU2, Hulu Kelang pada 29 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB sokong UPSR dimansuh demi agenda baharu pendidikan

AMPANG JAYA: Dato’ Menteri Besar meminta semua pihak menyokong pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) demi menjayakan agenda baharu pendidikan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata era penilaian murid bersandarkan keputusan peperiksaan perlu diubah kepada pendekatan baharu yang holistik.

“Anak-anak berdepan cabaran sejak perebakan Covid-19 apabila sesi sekolah tidak berjalan seperti biasa sehingga memberi kesan kepada calon peperiksaan.

“Keadaan ini mewujudkan generasi keliru atau kelam kabut, justeru sekarang masa terbaik semua pihak menyokong usaha ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau kerosakan bumbung Blok E Flat PKNS AU2 di Taman Keramat di sini, susulan kejadian ribut semalam.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan pemansuhan UPSR bermula tahun ini.

Katanya, keputusan dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk 1,700 peserta sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Pengarang :