Dato’ Seri Amirudin Shari mengiringi Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj untuk upacara solat jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Norashikin, Allahyarham Abdul Rahman Baba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 20 April 2021. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MB ucap takziah atas pemergian ayahanda Tengku Permaisuri Selangor

SHAH ALAM, 20 APRIL: Dato’ Menteri Besar menzahirkan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor di atas pemergian ayahanda Tengku Permaisuri Norashikin.

“Patik mewakili seluruh lapisan pentadbiran Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor merafak sembah takziah kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin atas kembalinya ke Rahmatullah, Allahyarham Abdul Rahman Baba.

“Allahyarham adalah ayahanda kepada Tengku Permaisuri Selangor yang meninggal pada usia 89 tahun.

“Mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. Al Fatihah,” kata Dato’Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.


Pengarang :