Dato’ Seri Amirudin Shari (hadapan, tengah) bergambar bersama penjawat awam pada Majlis Mahabbah Ramadan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB umum bantuan khas kewangan setengah bulan gaji

SHAH ALAM, 23 APRIL: Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji kepada penjawat awam negeri ini sebagai menghargai komitmen mereka.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pemberian BKK minimum pula sebanyak RM1,000 dan jumlah keseluruhan melebihi RM22 juta.

“Bayaran sempena Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada 19 Mei 2021 iaitu pada 7 Syawal membabitkan 17,000 penjawat awam.

“Pemberian ini turut melibatkan anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri bawah penggajian kerajaan persekutuan, ” katanya pada Majlis Mahabbah Ramadan Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Amirudin turut mengumumkan bantuan khas kepada beberapa pihak lain yang memainkan peranan penting kepada negeri iaitu:

  • RM500 kepada Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan petugas masjid termasuk nazir, imam, siak dan bilal.
  • RM500 kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs)
  • RM1,000 kepada pemimpin masyarakat seperti Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB)
Grafik dari Facebook Amirudin Shari

 


Pengarang :