Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin (kanan) menandatangani secara digital disaksikan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Azemi Abdul Aziz (kiri) sempena majlis menandatangani nota kerjasama MPK dan Arkib Negara Malaysia di Dewan Hamzah, Klang pada 1 April 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPK pelawa niaga secara dalam talian guna Klang i Plaza

KLANG, 2 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengalu-alukan peniaga untuk untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian menerusi Klang i Plaza, kata yang dipertuanya.

Dr Ahmad Fadzli Ahmad berkata PBT itu tidak dapat memenuhi kesemua permohonan untuk berniaga di tapak bazar berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat yang menuntut pematuhan tatacara operasi piawai (SOP).

Katanya pada tahun ini sebanyak 1,176 petak bazar Ramadan disediakan kepada peniaga di 41 lokasi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin

“Platform ini diperkenal sejak PKP tahun lalu dan Alhamdulillah sambutan memberangsangkan.

“Kita alu-alukan peniaga yang permohonan mereka untuk berniaga secara fizikal ditolak boleh mohon Klang i Plaza bagi meneruskan aktiviti ekonomi” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Nota Kerjasama MPK dan Arkib Negara Malaysia di Dewan Hamzah di sini, semalam.

Jelasnya MPK akan terus memperketatkan SOP bazar Ramadan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan Peniaga: https://klangiplaza.my/ Penghantar Makanan (Runner): klangiplaza.my/mpkrunner.php dan Channel Telegram Klang i Plaza: https://t.me/klangiplaza

Tiga langkah mudah untuk mendaftar Klang i Plaza seperti berikut :

1) Daftar penyertaan (masukkan maklumat yang diminta untuk menjadi peniaga berdaftar)

2) Kemaskini My Shop (masukkan maklumat perniagaan dan komunikasi)

3) Kemaskini My Produk (masukkan maklumat produk atau perkhidmatan untuk rujukan pelanggan)

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Pelesenan dan Penjaja MPK di talian 03 3375 5555 sambungan 6800 @ 8307.

 


Pengarang :