Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Mahabbah Ramadan Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pemimpin komuniti dapat bantuan khas RM1,000, penggerak belia RM500

SHAH ALAM, 23 APRIL: Sebanyak RM1,000 diberikan kepada pemimpin masyarakat negeri ini melalui Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dato’ Menteri Besar berkata golongan tersebut meliputi pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan pegawai perhubungan kampung baru, bagan dan tersusun.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan bantuan kewangan sama turut diagihkan kepada ketua komuniti India dan penyelia Pusat Wanita Berdaya.

“Kerajaan Negeri sentiasa mengiktiraf sumbangan dan peranan penting yang dimainkan oleh pemimpin masyarakat dan komuniti di Selangor,” tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Amirudin berkata Penggerak Belia Selangor (PeBs) bakal menerima BKK sebanyak RM500.

Bantuan khas itu membabitkan dana lebih RM22 juta yang turut memanfaatkan penjawat awam dan petugas masjid di seluruh negeri.


Pengarang :