ADN Morib, Hasnul Baharuddin membungkus sayur-sayuran untuk diagihkan kepada penduduk kampung ketika Program Agihan Ayam dan Sayur Percuma di Kampung Sungai Raba, Kuala Langat pada 4 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Penduduk Morib bersyukur terima bantuan makanan, jimat belanja dapur

MORIB, 3 APRIL: Rata-rata penerima bantuan makanan segar daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib, Hasnul Baharuddin menzahirkan rasa kesyukuran.

Warga emas, Normala Zakaria, 64, berkata bantuan ayam segar dan pelbagai jenis sayuran pertama kali diterimanya berbanding menerima barangan makanan kering sebelum ini.

Normala Zakaria

“Alhamdulillah saya bersyukur dan terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Hasnul yang begitu cakna dengan keperluan rakyat.

“Barangan yang diterima hari ini saya cadang mahu masak lontong dan InsyaAllah ayam pula boleh simpan untuk buat rendang bagi sambut kedatangan Ramadan nanti,” katanya kepada Media Selangor.

Ibu kepada dua anak itu merupakan antara 200 penerima makanan segar daripada ADN Morib di pekarangan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Seri Jugra hari ini.

Shariffuddin Abu Bakar

Sementara itu, pesara Padiberas Nasional Berhad, Shariffuddin Abu Bakar, 71, berkata beliau memuji ketangkasan dan sifat peduli Hasnul yang sentiasa prihatin dengan masalah penduduk.

“Ini bukan kali pertama saya terima agihan seumpama ini, sebaliknya sudah beberapa kali Kerajaan Negeri mengagihkan bantuan berupa makanan asas dan kewangan.

S Vasantha

“Walaupun saya ada wang pencen tetapi ketika situasi pandemik ini bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos belanja dapur,” katanya.

Seorang lagi penerima, S Vasantha, 30, berkata beliau berharap bantuan itu berterusan dan lebih ramai golongan kurang berkemampuan dibantu.


Pengarang :