Hasnul Baharuddin mengagihkan ayam dan sayur percuma kepada penduduk Kampung Sungai Raba, Kuala Langat pada 3 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Penduduk susah sekitar Morib dapat bantuan makanan

MORIB, 3 APRIL: Sebanyak 200 pek makanan segar diagihkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) sekitar Morib bagi meringankan beban mereka.

Wakil rakyatnya berkata sumbangan bernilai RM5,000 meliputi ayam mentah dan sayuran membantu golongan terkesan mendepani kesan perintah kawalan.

“Semua makanan segar ini kita dapat daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Kita harap sumbangan ini sekurang-kurangnya menjimatkan perbelanjaan makanan asas mereka dalam tempoh satu ke dua minggu,” kata Hasnul Baharuddin pada program di Balai Raya MPKK Seri Jugra.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Hasnul, yang juga timbalan speaker Dewan Negeri Selangor turut bercadang meneruskan program terbabit untuk membantu lebih ramai golongan memerlukan.

Menerusi Pakej Kita Selangor yang diumum pada 20 Januari, sejumlah RM100,000 diperuntuk kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melaksanakan program Mesra Rakyat.

Ahli parlimen negeri ini turut mendapat manfaat RM50,000 bagi tujuan sama. Program meliputi perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan makanan dalam tin yang boleh diagih secara terus.


Pengarang :