Ng Sze Han ketika ditemu bual Media Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 16 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Peniaga bazar digesa jual harga berpatutan, bantu pembeli dapat keperluan berbuka

SHAH ALAM, 5 APRIL: Peniaga bazar Ramadan diminta menjual makanan pada harga berpatutan memandangkan masyarakat masih terkesan dengan pasca pandemik Covid-19.

EXCO kerajaan tempatan berkata langkah itu membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan keperluan berbuka puasa.

“Bazar Ramadan pasti menjadi tumpuan kerana pelbagai juadah dijual. Jadi, kita minta harga dikenakan berpatutan dan semua boleh membeli.

“Dalam masa sama peniaga harus menjaga kesegaran dan kebersihan makanan supaya pembeli selamat serta tidak timbul isu bahan dijual basi atau menjejaskan kesihatan,” kata Ng Sze Han kepada SelangorKini.

Beliau turut meminta penjaja serta pengunjung bazar supaya mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) agar rantaian wabak itu dapat diputuskan.

Jumaat lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah memantau kepatuhan SOP bazar bagi mengelakkan wujudnya ‘kluster bazar’ memandangkan ketika ini jangkitan gelombang ketiga semakin melandai.


Pengarang :