Petugas kesihatan membuat persediaan dan merekod kehadiran pesakit Covid-19 ketika tinjauan hari pertama pembukaan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati Shah Alam pada 8 Februari 2021. Foto BERNAMA
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Perubahan nombor telefon tiga Pusat Penilaian Covid-19 Gombak

SHAH ALAM, 5 APRIL: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan perubahan nombor telefon di tiga Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak.

Menerusi makluman di Facebook, jabatan itu berkata perubahan itu membabitkan Klinik Kesihatan (KK) Kuang, KK AU2 dan KK Hulu Kelang.

“Perubahan terkini nombor telefon CAC KK Kuang ialah 03-60371092, KK AU2 (03-42519005) dan KK Hulu Kelang (03-41061606),” katanya.

Jelasnya, waktu operasi ketiga-tiga CAC masih sama iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari di CAC Kuang.

Manakala CAC AU2 dan CAC Hulu Kelang pula pada Isnin hingga Khamis jam 2 petang hingga 4 petang dan pada Jumaat bermula jam 2.45 petang hingga 4 petang.

Orang ramai boleh merujuk senarai lengkap nombor telefon CAC berserta hari dan waktu operasi di Facebook JKNS.

CAC mula dibentuk pada hujung Januari bagi menilai pesakit sama ada kekal dikuarantin di rumah atau perlu dibawa ke CAC. Jika perlu rawatan lanjut, pesakit dirujuk ke hospital.


Pengarang :