Anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Sarjan Indera Fauzi Abdullah (kanan) memberi nasihat kepada pengunjung yang beratur agar mengamalkan penjarakan sosial semasa rondaan di sebuah pasaraya di Seksyen 14 Shah Alam pada 25 Mei 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PKP: 208 individu ingkar SOP ditahan, sembilan direman

SHAH ALAM, 11 APRIL: Seramai 208 individu ditahan atas kesalahan ingkar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri kanan (keselematan) berkata daripada jumlah itu, 199 individu dikompaun manakala sembilan direman.

“Aktiviti pusat hiburan antara kesalahan ingkar SOP paling banyak iaitu 112 manakala kesalahan gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan adalah 27.

“Bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka ialah 16 dan lain-lain 53,” kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini.

Mengenai kawalan sempadan negara, Ismail Sabri berkata Op Bentang berjaya menangkap sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tiga kenderaan darat.

“Dalam operasi itu juga pihak berkuasa turut mengesan 115 bot di perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan. Seramai tujuh PATI turut diusir,” katanya.


Pengarang :