Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech dan picagari khas ‘Low Dead Volume’ yang digunakan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Polis nafi anggota meninggal akibat komplikasi vaksin

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Polis hari ini menafikan dakwaan kematian seorang anggotanya adalah disebabkan komplikasi susulan suntikan vaksin Covid-19 seperti yang ditularkan menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya masih menunggu keputusan bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Kajang.

“Maklumat yang tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp itu adalah tidak benar sama sekali.

“Kami sedang menyiasat berita palsu ini dan saya menyarankan mereka yang berkenaan supaya tidak membuat spekulasi yang tidak benar sehingga menimbulkan keresahan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Hari ini tular dakwaan bahawa kematian seorang anggota trafik wanita adalah akibat serangan jantung selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19.

– BERNAMA


Pengarang :