AGENDANASIONAL

Polis siasat borang rentas negeri guna tandatangan palsu

SHAH ALAM, 9 APRIL: Polis hari ini membuka kertas siasatan susulan tindakan individu yang membuat pemalsuan tandatangan kononnya milik Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 di sini, pada sekeping gambar borang rentas negeri yang tular dalam media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Anak Embol berkata berdasarkan siasatan awal dijalankan pihaknya pada gambar borang itu, didapati berlakunya pemalsuan tandatangan.

“Satu kertas siasatan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dibuka berhubung insiden ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, tular dalam media sosial sekeping gambar borang rentas negeri yang dimuat naik dengan tandatangan kononnya daripada penolong ketua Balai Polis Seksyen 6, semalam.

-BERNAMA


Pengarang :