AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Pustaka awam Selangor tawar program latihan sains, teknologi percuma

SHAH ALAM, 2 APRIL: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor menawarkan 18 sesi program latihan sains, teknologi dan inovasi secara percuma bermula Mac hingga Jun.

Agensi berkata program di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) terbuka kepada penduduk negeri ini yang berumur 10 tahun ke atas.

“Keutamaan diberikan kepada pelajar sekolah menengah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Kami menawarkan lapan kursus meliputi ‘Education and Future Jobs: Robotic’; ‘Build and Create: New Lego Innovation’; Latihan 3D Printer dan ‘Simple But Power: Programming Secret in Excel’,” katanya menerusi Facebook.

Selain itu, perbadanan turut menawarkan kursus ‘Simple and Creative: Compose Music with Garage Band’; Kreatif Di Hujung Jari: Adobe Photoshop (Mobile); ‘Fun Learn with Drone’ dan ‘Make Powerful Presentation with PowerPoint’.

Kursus diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad jam 9 pagi hingga 1 petang atau 9 pagi hingga 4 petang bertempat di beberapa perpustakaan awam milik Kerajaan Negeri.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan http://shorturl.at/DS689. Untuk maklumat lanjut, peserta boleh merujuk poster kursus di laman Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.


Pengarang :