Rodziah Ismail melawat gerai pameran Pavilion Selangor ketika Pameran Perdagangan Antarabangsa (WHOLE 2020) di Pusat Arena SPICE, Pulau Pinang pada 10 September 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Raih pendapatan dengan Seldec, pemandu teksi disaran ambil peluang

SEPANG, 7 APRIL: Pemandu teksi negeri ini disaran merebut peluang menyertai program Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) bagi menjana pendapatan tambahan.

EXCO pembangunan usahawan berkata khidmat penghantar barangan itu hanya menarik minat 35 individu setakat ini berbanding lebih 7,000 pemandu berdaftar di seluruh negeri.

“Jumlah berkenaan masih sedikit berbanding sasaran asal sekurang-kurangnya 10 peratus pemandu menyertai program tersebut.

“Kita akan bagi latihan supaya mereka faham apa itu digital…jika 10 peratus yang ambil peluang pun akan bawa impak berbeza…mereka bukan sahaja bawa teksi malah turut menghantar barang,” katanya Rodziah Ismail.

Beliau ditemui selepas menyerahkan bantuan makanan kepada pemandu teksi dan bas sekolah peringkat Majis Perbandaran Sepang di Dataran BBST Walk di sini hari ini.

Jelasnya, khidmat penghantaran diperlukan berikutan Kerajaan Selangor membuka ruang niaga dalam talian bagi membantu individu terkesan akibat Covid-19.

“Kita tidak dapat sediakan banyak tapak niaga susulan pandemik, jadi kita cadangkan ia dibuat dari rumah namun ada masalah fizikal membabitkan penghantaran.

“Justeri kita perlukan lebih ramai penghantar makanan selain 3,000 belia sedia ada yang berkhidmat dalam sektor itu,” kata Rodziah lagi.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bertujuan membantu peniaga meningkatkan pendapatan melalui jualan secara dalam talian.

Diterajui Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd, Seldec menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan www.seldec.com.my/en.


Pengarang :