Dato’ Seri Amirudin Shari melawat gerai penjaja ketika Majlis Pelancaran Platform Selangor (PLATS) 2.0 Selangor e-Dapur dan e-Pembekalan Peruncit Mikro dan Kecil di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Batu Caves pada 11 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Rakan Digital bimbing peniaga jana pendapatan dalam talian

SELAYANG, 12 APRIL: Inisiatif Rakan Digital Selangor (Rakan Digital) diperkenal bagi membimbing peniaga kecil menjana pendapatan secara digital termasuk kaedah pemasaran di media sosial.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata seramai 1,000 ahli terdiri daripada golongan muda dan pelajar yang memiliki pengetahuan berhubung teknologi serta perniagaan menyertai inisatif berkenaan.

“Kumpulan ini dilatih dan diberi kursus sebelum bergerak turun padang sebagai pelatih atau fasilitator mendekati peniaga kecil. Mereka turut mendedahkan inisiatif ditawarkan Kerajaan Negeri.

“Ada peniaga berusia 60 hingga 70 tahun…tidak tahu menggunakan media sosial dan teknologi. Jadi cara ini membantu peniaga sekali gus memajukan perniagaan,” kata Dato’ Menteri Besar pada sidang media selepas melancarkan Platform Selangor (Plats 2.0) semalam.

Menurutnya Rakan Digital dibentuk berdasarkan pengalaman tahun lalu selepas Kerajaan Negeri giat memperkasa perniagaan secara maya.

“Kita dapati peniaga tidak bersedia (berniaga dalam talian) kerana duit tidak nampak depan mata, mereka tidak yakin.

“Jadi, kita lihat ekosistem berniaga dalam talian perlu dilengkapkan, maka ditubuhkan Rakan Digital untuk memberi nasihat kepada peniaga,” katanya.


Pengarang :