Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) melakukan gimik pelancaran program publisiti dan penyertaan awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2030 (DRTMPS 2030) di Le Gardens Pavilion, Rawang pada 30 April 2021. Foto Radin Wazir/Pejabat Dato’ Menteri Besar.
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Rancangan Tempatan PBT mampu jayakan pembangunan sistematik

RAWANG, 30 APRIL: Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mempunyai Rancangan Tempatan (RT) bagi memastikan pembangunan dapat dijayakan dengan lebih sistematik, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata rancangan bandar khususnya daripada aspek guna tanah harus dilaksana dengan baik sejajar hasrat menjadikan Selangor negeri membangun.

“Sebagai Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab, pelbagai dasar dan inisiatif dirancang bagi mengarusperdanakan pengurusan biodiversiti dalam pembangunan negara,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran program publisiti dan penyertaan awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Selayang 2030 (DRTMPS 2030) di Le Gardens Pavilion di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua MPS Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan Pegawai Daerah Gombak Shukri Mohamad Hamin.

Sementara itu, Amirudin berkata pandangan dan maklum balas pemegang taruh serta orang awam diperlukan bagi menjayakan rancangan tempatan.

“Saya menyambut baik usaha PBT ini yang merencanakan dekad baharu perbandaran Selayang dan menghasilkan draf rancangan tempatan.

“Dengan publisiti dirancang, saya menyeru seluruh warga Selayang, pemaju dan pemegang taruh untuk memberi cadangan serta sokongan terhadap draf dikemukakan,” katanya lagi.


Pengarang :