Gambar hiasan
AGENDANASIONAL

Ringgit didagangkan lebih tinggi banding dolar US minggu depan

KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Ringgit dijangka akan didagangkan lebih tinggi berbanding dolar US minggu depan kerana dolar US dijangka meneruskan aliran menurunnya, kata seorang peniaga.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar US/ringgit kembali kepada aliran menurun yang berlaku sejak tahun lepas dan berkemungkinan ia akan tetap utuh kerana semua petunjuk menyatakan penurunan nilai dolar US berbanding ringgit.

“Daripada sudut ekonomi makro, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) tidak merasa bimbang terhadap inflasi dan ini mungkin akan menjadi hala tuju untuk sementara waktu. Sekiranya semuanya kekal seperti sekarang, ia hanya menunggu masa sebelum ringgit mencapai tahap 4.10 berbanding Dolar US.

“Pada kadar semasa, ringgit/dolar US dapat mencapai paras 4.10 minggu depan,” katanya kepada Bernama menerusi e-mel.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding dolar US yang dipengaruhi oleh pergerakan harga minyak, dan penurunan hasil Perbendaharaan AS.

Dari Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh berbanding dolar US kepada 4.1080/1130 daripada 4.1250/1290 yang dicatatkan semasa minggu sebelum ini.

Nota tempatan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0936 0978 daripada 3.0929/0964 seminggu sebelumnya dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.8069/8119 dari 3.7903/7943.

Ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.7007/7093 daripada 5.6834/6898 Jumaat lalu dan turun berbanding euro kepada 4.9522 9595 daripada 4.9405 / 9465 seminggu yang lepas.

– BERNAMA


Pengarang :