Petugas Kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika program Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan, Serdang pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Sabak Bernam sifar kes Covid-19, Petaling tertinggi

SHAH ALAM, 9 APRIL: Sabak Bernam muncul satu-satunya daerah di Selangor yang tidak merekodkan sebarang kes baharu Covid-19 hari ini.

Berdasarkan data dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat mencatat kes kurang 10.

“Kuala Selangor mencatat lima kes, semuanya di Ijok manakala Hulu Selangor merekod empat kes melibatkan Ampang Pecah dan Serendah.

“Hanya satu kes di Kuala Langat melibatkan Tanjung 12,” menurut jabatan itu di Facebook.

Sebanyak 403 kes baharu wabak dilaporkan di seluruh negeri dengan keseluruhan kes 119,105 sejak pandemik menular.

Jabatan Kesihatan Negeri menambah Petaling mencatat jangkitan tertinggi membabitkan 143 kes, majoriti saringan kontak rapat.

Agensi itu berkata sebanyak 67 kes dikesan di mukim Petaling, masing-masing 34 kes di Damansara dan Sungai Buloh serta lapan di Bukit Raja.

Menurutnya, Klang pula merekod 116 kes, Hulu Langat (55), Sepang (28) dan Gombak (22).


Pengarang :