Petugas kesihatan membuat ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti secara percuma di Dewan Serbaguna MPAJ, Ampang pada 28 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Saringan Komuniti percuma di Balakong, Selayang hari ini

SHAH ALAM, 11 APRIL: Saringan Komuniti percuma diteruskan hari ini di Balakong dan Selayang sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang berjalan serentak di Lot 37401 Jalan Perusahaan Dua, di Taman Industri Selesa Jaya Balakong dan Pangsapuri Kenanga, Taman Gombak Permai di Batu Caves.

Orang ramai yang mahu menjalani saringan boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

 


Pengarang :