Petugas Kesihatan Selcare menganalisis sampel Covid-19 ketika program Saringan Komuniti secara bersasar di Dewan Serbaguna MBSJ, Seri Kembangan, Serdang pada 6 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Saringan Komuniti percuma sekitar Bandar Puncak Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 7 APRIL: Penduduk sekitar Bandar Puncak Alam digalak menjalani Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Selangor pada Sabtu ini.

Dato’ Menteri Besar berkata program diadakan di Dewan MDKS Sinar Alam, Fasa 2, Bandar Puncak Alam mulai jam 9 pagi hingga 4 petang.

“Penduduk Puncak Alam Fasa 3, Sinar Alam, Alam Suria, Taman Alam Jaya, Taman Alam Sutera, Alam Perdana, Saujana Utama dan Seri Pristina digalakkan hadir pada hari berkenaan,” maklum Dato’ Seri Amirudin Shari di facebook.

Orang ramai boleh mendaftar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan guna fungsi saringan atau layari screening.selangkah.my

Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi meneruskan Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma di seluruh negeri untuk membendung wabak.

Program yang menyasar penglibatan 50,000 penduduk negeri ini meliputi kawasan berkepadatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah bagi meringankan beban mereka.

Seramai 4,352 individu terlibat dalam program saringan setakat Februari yang turut membabitkan 894 warga emas dari 32 pusat jagaan.


Pengarang :