EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman (tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian antara Serba Dinamik Group Berhad dan persatuan e-sukan di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 30 April. Foto MUSTAKIM RAMLI/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor bina pusat pembangunan e-sukan terbesar di Asia Tenggara

SHAH ALAM, 30 APRIL: Pusat pembangunan e-sukan terbesar di Asia Tenggara akan dibina di negeri ini dengan kos lebih RM10 juta.

EXCO sukan berkata pusat yang dilengkapi akademi latihan, penginapan, studio dan tenaga pengajar dijangka boleh digunakan mulai tahun depan.

“Hari ini adalah program terpenting dalam sejarah Kerajaan Selangor kerana majlis menandatangani perjanjian ini matlamatnya menyokong usaha Kerajaan Negeri mewujudkan pusat pembangunan e-sukan.

“Pembangunan ini dijangka lebih RM10 juta hasil gabungan kewangan swasta dan Kerajaan Negeri,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian antara Serba Dinamik Group Berhad dan persatuan e-sukan di Hotel Mardhiyyah di sini.

Katanya, kemudahan itu akan menggunakan bekas Hotel Carlton di Seksyen 13 yang diubah suai dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

“Tahun ini kita mempunyai peruntukan RM3 juta untuk kita turun ke daerah-daerah bagi pembangunan e-sukan dan pada tahun hadapan kita akan gunakan pusat ini,” katanya.


Pengarang :