Petugas kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian pada program Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 21 Mac 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor catat 751 kes baharu, dua kematian

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada 751 kes hari ini
berbanding 590 kes yang dicatatkan semalam.

Ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan menjelaskan sebanyak 623 kes berpunca daripada kluster sedia ada dan saringan kontrak rapat.

“Jumlah kes termasuk empat kes dari kluster baharu iaitu kluster Jalan Maktab, satu kes import dan 127 kes lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau menambah dua lagi kematian membabitkan warga emas turut direkodkan di negeri itu, masing-masing mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan sebanyak 640 kes sembuh dicatatkan hari ini dengan keseluruhan kes pulih seramai 120,344 orang.

“Sebanyak 2,457 kes aktif sedang dirawat dengan 10 daripadanya jangkitan luar negara,” kata jabatan itu.

Keseluruhannya sebanyak 123,158 kes Covid-19 dilaporkan di negeri itu sejak pandemik menular.

 


Pengarang :