Petugas program Outreach Imunisasi Covid-19 Selangor (ImuniSel) menunjukkan kad pendaftaran vaksin di Dataran Puchong Permai, Puchong pada 4 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Selangor laksana pelbagai usaha kekang Covid-19

SUBANG JAYA, 4 APRIL: Selangor mempunyai senarai perancangan untuk menampan kesan wabak Covid-19 terhadap ekonomi dan kehidupan rakyat.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif merangkumi penubuhan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), saringan percuma dan program Mengelak Penularan di Tempat Kawasan Panas (POIS).

“Saya boleh katakan Selangor sebagai satu-satunya negeri yang mempunyai pelbagai program serta usaha untuk mengekang wabak.

Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan perasmian Pelancaran Program Outreach Imunisasi Covid-19 peringkat Selangor di Dataran Puchong Permai, Puchong pada 4 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Langkah proaktif diambil seiring status negeri termaju dan tumpuan rakyat seluruh negara untuk mencari rezeki, ” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Program Perluasan Imunisasi Covid-19 di Dataran Puchong Permai hari ini.

Beliau berkata seramai 20,000 rakyat di negeri menerima manfaat program saringan percuma bersasar setakat hari ini.

“Saringan percuma berjaya mengelak perebakan dalam komuniti menjadi teruk, program ini diteruskan dari semasa ke semasa.

“Cuma saya mengingatkan mengingatkan rakyat terus patuh tatacara operasi piawai (SOP), kita jangan alpa meskipun kes menurun dan ada vaksin,” katanya.


Pengarang :