Khairuddin Othman (kiri) menunjukkan isyarat bagus ketika menaiki kereta bomba pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama selepas merasmikan penyerahan kenderaan itu di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh pada 9 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor negeri pertama serah jentera pemadam terbesar kepada pasukan sukarelawan

SUNGAI BULOH, 10 APRIL: Kerajaan Selangor menjadi negeri pertama menyumbangkan jentera pemadam (FRT) terbesar kepada Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS).

EXCO modal insan berkata sumbangan anak syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd bernilai RM160,000 itu diserahkan kepada PBS Saujana Utama bagi memudahkan urusan membantu masyarakat setempat.

“Kawasan ini mempunyai kira-kira 80,000 penduduk tetapi balai bomba agak jauh dari sini dan mengambil masa jika ada kecemasan.

Khairuddin Othman berucap di Majlis Penyerahan Kereta Bomba kepada Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama di Dewan MDKS Saujana Utama, Sungai Buloh pada 9 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Jadi dengan serahan ini, kita harap PBS dapat membantu orang awam secepat mungkin bukan hanya setakat memadam kebakaran tetapi kes-kes lain,” kata Mohd Khairuddin Othman.

Beliau ditemui pada majlis serahan FRT terbabit di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Saujana Utama malam tadi.

Ahli Dewan Negeri Paya Jaras itu turut meminta MDKS mewartakan tapak balai PBS terbabit secepat mungkin supaya bangunan lebih lengkap dan selesa dapat dibina.

“Dasar Dato’ Menteri Besar memang memudahkan urusan permohonan tapak terutama pembayaran premium sekiranya melibatkan kepentingan rakyat seperti pendidikan, keselamatan.

“Jadi kita harap agensi kerajaan mengambil peluang memohon (tapak) jika memang memerlukan. Ini tidak memberi masalah (untuk luluskan),” katanya.

FRT disumbangkan berkapasiti 3,000 liter air selain mempunyai ruang besar untuk memuatkan barang keperluan operasi menyelamat.

 


Pengarang :