Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika majlis sumbangan Ihya Ramadan di Masjid Ar-Rahmani Kampung Permatang, Kuala Selangor pada 23 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Selangor salur hampir RM2 juta untuk aktiviti Ramadan di masjid

KUALA SELANGOR, 23 APRIL: Hampir RM2 juta diperuntuk Kerajaan Selangor untuk diberikan kepada semua masjid sepanjang Ramadan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan sebanyak RM5,000 setiap masjid bertujuan melaksanakan aktiviti bulan puasa.

“Kita ada lebih 400 masjid di Selangor dan beberapa daerah seperti di Gombak sudah menerima peruntukan ini,” katanya pada Majlis Ihya Ramadan di Masjid Ar-Rahmani Kampung Permatang, Kuala Selangor.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan sebanyak RM275,000 kepada 55 masjid di daerah itu.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata beliau berpuas hati dengan tatacara operasi piawai (SOP) yang ditunjuk jemaah di masjid.

Katanya, perkara itu berdasarkan kunjungan beliau di beberapa masjid ketika jelajah sepanjang Ramadan ini.


Pengarang :