Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan kepada wakil Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM), Batu Caves pada 25 April 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Selangor sumbang RM10,000 bantu LKPIM laksana dakwah

GOMBAK, 25 APRIL: Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) menyumbang RM10,000 kepada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) cawangan Kampung Nakhoda.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu bagi membantu badan bukan kerajaan (NGO) tersebut untuk melaksanakan aktiviti dakwah sekali gus memperkasa pembangunan Islam.

“Kita harap dengan sumbangan ini dapat membantu LKPIM dengan kekuatan anggota kira-kira 200 orang ini kembali aktif menganjurkan pelbagai kegiatan dakwah.

“Kita faham sebelum ini mereka juga alami kekangan untuk buat aktiviti disebabkan pandemik Covid-19, banyak tertangguh,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi lawatan dan sumbangan di LKPIM Cawangan Kampung Nakhoda di sini hari ini.

 


Pengarang :