Penghantar barangan Seldec menunjukkan isyarat bagus ketika menunggu giliran mendapatkan inisiatif RiDE oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 14 Disember 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Seldec tawar insentif RM200 kepada penghantar makanan

SHAH ALAM, 3 APRIL: Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menawarkan insentif RM200 kepada penghantar makanan yang berkhidmat sehingga hari terakhir Ramadan.

Pengurus besar pembangunan perniagaannya berkata inisiatif bertujuan menggalakkan lebih ramai penghantar menggunakan kereta serta motosikal bernaung di bawah syarikat itu.

“Mereka juga menikmati manfaat perlindungan Perkeso dan kemalangan sekiranya berlaku perkara tidak diingini sepanjang keluarga bekerja.

“Seldec berharap lebih ramai mendaftar kerana kita memerlukan sehingga 500 penghantar sepanjang Ramadan,” kata Mohd Fauzan Elham kepada SelangorKini.

Beliau berkata mereka yang berminat boleh mendaftar menerusi http://dapur.seldec.com.my/join/rider/ .

“Antara syarat permohonan adalah berumur 18 tahun ke atas (pemohon 50 tahun ke atas perlu menjalani pemeriksaan kesihatan).

“Pemegang lesen percubaan juga layak memohonan manakala sijil perlindungan insurans kenderaan atas nama pemohon,” katanya.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bertujuan membantu peniaga meningkatkan pendapatan menerusi jualan secara dalam talian.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Seldec digunakan untuk memasarkan hasil tani, produk usahawan kecil dan barangan basah secara meluas.

 


Pengarang :