Pengguna 70 kawasan di Hulu Langat yang bergantung bekalan dari LRA Semenyih 2 sudah menerima air bersih sepenuhnya pada pukul 9 malam 20 Disember 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selenggara paip: Lima kawasan terima bekalan air

SHAH ALAM, 7 APRIL: Lima kawasan di Kuala Lumpur dan Gombak mula terima bekalan air susulan kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates, semalam.

Lima kawasan itu ialah Kementah, Pulapol, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Putra Sulaiman dan Wangsa Maju Seksyen 4.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata setakat 3 petang tadi peratusan pemulihan kawasan terjejas pada tahap sembilan peratus.

“Lima kawasan telah mendapat bekalan air sepenuhnya, 53 lagi kawasan masih dalam proses pemulihan,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Menurutnya tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

Pengguna boleh melayari https://www.airselangor.com/scheduled-water-supply-disruption-notice/ bagi mendapatkan maklumat lanjut atau menerusi media komunikasi rasmi Air Selangor.

Antaranya aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram serta laman sesawang http://www.airselangor.com.


Pengarang :