Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menerima kiriman dari Bazaarlokal ketika merasmikan Platform Beli-Belah Atas Talian Bazaarlokal dan Festival Ramadan Selangor 2021 (FESTIRA’21) di SACC Mall, Shah Alam pada 2 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

SOP terawih di Selangor dimuktamad, umum dalam masa terdekat

SHAH ALAM, 2 APRIL: Tatacara operasi piawai (SOP) solat terawih di Selangor sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mempersembahkan perkara tersebut kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan baginda menilai perkara berkenaan.

“Jais akan umumkan SOP ini tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Platform Beli Belah Atas Talian BazaaLokal.com dan Festival Ramadan Selangor 2021 di SACC Mall di sini hari ini.

Pada 18 Mac, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan Jais meneliti SOP solat terawaih yang ketat memandangkan ia diadakan setiap malam sepanjang Ramadan.

Sebelum itu Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran solat terawih berjemaah di masjid pada Ramadan ini tertakluk kepada SOP ketat.


Pengarang :