Sukarelawan Team Selangor ketika menjayakan program sanitasi di Surau Ar-Rahman, Pangsapuri Sunway Batu Caves pada 17 April 2021. Foto Facebook Selangor Lestari by Team Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sukarelawan Team Selangor sanitasi masjid, kuil di Batu Caves

SHAH ALAM, 18 APRIL: Dua rumah ibadat di Batu Caves, Gombak menjalani proses sanitasi dalam usaha mencegah penularan Covid-19 semalam, kata Team Selangor.

Program anjuran sukarelawan Selangor Lestari by Team Selangor dan wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) dijalankan di Surau Ar-Rahman, Pangsapuri Sunway Batu Caves dan Kuil Ayyappa.

“Antara kawasan yang disanitasi adalah ruang solat utama, tempat berwuduk dan pejabat surau.

“Program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak. Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya menerusi Facebook.


Pengarang :