Selangorkini
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 8 April 2021. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDA JENAYAH

Sultan kurnia Darjah Kerabat Selangor kepada Agong

SHAH ALAM, 8 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kerabat (DK) Selangor kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Darjah kebesaran Yang Amat Dihormati dikurniakan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Pengurniaan itu sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-75.

Pada istiadat itu, Sultan Sharafuddin juga berkenan menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) dipersembahkan Al-Sultan Abdullah.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Istiadat turut disaksikan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.


Pengarang :