Selangorkini
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj memberi perkenan kepada penubuhan Pengajian Tahfiz Masjid Istana Diraja di Istana Alam Shah, Klang pada 19 April 2021. Foto: Facebook Selangor Royal Office
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Sultan perkenan tubuh Pengajian Tahfiz Masjid Istana Diraja

SHAH ALAM, 20 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj perkenan untuk menubuhkan Pengajian Tahfiz Masjid Istana Diraja di Istana Alam Shah, Klang.

Menerusi kenyataan Selangor Royal Office, penubuhan itu sempena tahun perasmian Masjid Istana Diraja, dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Pelajar yang ditempatkan di kuarters kakitangan Pejabat DYMM Sultan Selangor, akan dihantar bersekolah di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Alam Impian, Shah Alam.

“Sesi pengambilan lima tahun sekali kumpulan pelajar tahfiz ini, membabitkan 10 pelajar anak jati kelahiran Selangor yang memiliki latar belakang cemerlang dalam akademik dan sahsiah,” katanya menerusi Facebook, malam tadi.

Selain itu, pelajar berkenaan juga akan terlibat dalam majlis rasmi DYMM Sultan dan kerabat diraja Selangor.


Pengarang :