Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (kanan) berkenan menerima zakat perniagaan daripada Norita Mohd Sidek (kiri) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 22 April 2021. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Sultan terima zakat niaga RM3.6 juta dari dua syarikat korporat

SHAH ALAM, 23 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor semalam berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3.6 juta daripada dua syarikat korporat.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima RM2.4 juta menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) manakala RM1.2 juta (Kumpulan Syarikat Rafulin).

MBI diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Norita Mohd Sidek manakala Kumpulan Syarikat Rafulin, Pengarah Urusan Dato’ Mohamed Raffee Chekku.

Penyerahan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sultan Sharafuddin ditemani DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi LZS Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop.


Pengarang :