SHAH ALAM, 28 APRIL: Sumbangan tablet dan komputer riba bernilai lebih RM40,000 diagihkan kepada pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah pada Isnin.
Ahli Dewan Negeri (ADN)nya berkata seramai 70 pelajar sekolah dan universiti daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) terpilih menerima manfaat itu.
“Sumbangan ini memudahkan mereka belajar di rumah selain meringankan beban ibu bapa terutama yang mempunyai anak ramai,” kata Ir Izham Hashim ketika dihubungi.
Pada masa sama, EXCO Kerajaan Negeri itu berharap kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan sebagai salah satu alat untuk menjana pendapatan.
“Selain memudahkan pembelajaran, alatan ini juga boleh digunakan untuk membuat perniagaan secara dalam talian memandangkan Kerajaan Negeri sangat menggalakkan rakyat terlibat dalam inisiatif pendigitalan,” katanya.