Rodziah Ismail menyampaikan ucapan ketika sambutan hari wanita peringkat DUN Paya Jaras di Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh pada 31 Mac 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Usahawan wanita digalak mohon skim niaga Kerajaan Negeri

KUALA LANGAT, 8 APRIL: Kerajaan Negeri menggalakkan lebih ramai usahawan wanita di Selangor memohon bantuan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI).

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata peluang itu tidak hanya terbuka kepada usahawan makanan dan minuman sahaja sebaliknya kepada semua jenis perusahaan.

“Ramai yang salah faham mereka anggap bantuan NaDI ini hanya untuk peniaga yang menjalankan perniagaan makanan atau minuman sahaja.

“Sebaliknya kita buka kepada umum dengan syarat individu itu mestilah wanita berusia 18 hingga 60 tahun, baharu atau telah mempunyai perniagaan dan mesti memiliki daftar syarikat,” kata Rodziah Ismail.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan makanan kepada pemandu teksi dan bas sekolah peringkat Majlis Perbandaran Kuala Langat di Dewan Sri Jugra hari ini.

Pada 10 Februari, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan NaDI bagi membantu individu yang baharu menjalankan perniagaan dengan tawaran pinjaman antara RM1,000 hingga RM5,000.

Turut dilancarkan Go Digital untuk membantu usahawan sedia ada beralih ke arah pendigitalan menerusi pinjaman pembelian alat telekomunikasi.

Borang permohonan NaDI boleh didapati melalui cawangan pejabat Hijrah Selangor atau hubungi talian 03-55191692 atau layari http://www.hijrahselangor.com.


Pengarang :